Status Mat Don Terkini

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menges4hkan bahawa Liridon Krasniqi secara rasminya boleh mewakili skuad kebangsaan Malaysia.

Katanya, pihaknya akhirnya menerima surat kelulusan daripada FIFA, selepas tiga bulan menanti.

“Memang kalau diikutkan perlawanan dengan UAE, Liridon sudah boleh main, tapi FIFA tak boleh keluarkan surat selagi dia tidak memenuhi syarat lima tahun,” katanya kepada BH Sukan.

“Dia cukup syarat lima tahun pada 25 Mac lalu dan perlawanan kita berdepan UAE sepatutnya pada 26 Mac lalu. Selepas pen4ngguhan aksi kelayakan Piala Dunia, FIFA keluarkan surat.”

Stuart bagaimanapun masih belum mendapat perkembangan daripada FIFA mengenai permohonan untuk Guilherme De Paula.