Status Penyokong Ke Stadium

KUALA LUMPUR: Liga Bolas3pak Malaysia (MFL) mengumumkan jumlah kehadiran penyokong ke stadium termasuk bagi menyaksikan s4ingan Piala Malaysia bermula 29 Oktober ini adalah mengikut status negeri yang berada di bawah Fasa Pelan Pemul!han Negara (PPN).

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata jumlah berkenaan adalah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Kesel4matan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Katanya, bagi negeri yang berada dalam Fasa 2, sebanyak 20 peratus daripada kapasiti stadium atau 5,000 penonton manakala Fasa 3 (30 peratus atau 10,000) dan Fasa 4 (50 peratus atau 20,000) dibenarkan ke stadium, mengikut jumlah mana yang lebih rendah.

“MFL mahu merak4mkan ucapan penghargaan kepada pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini mengumumkan kebenaran kehadiran penonton atau penyokong ke tempat perl4wanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4.

“Apa yang pasti, ia menjadi satu langkah yang baik bagi melonj4kkan kembali industri bola s3pak negara apatah lagi kita sedang meraikan ulang tahun ke-100 Piala Malaysia selepas kejohanan ini terp4ksa dibatalkan akibat pand3mik COV!D-19 pada tahun lalu.

“MFL memberikan kebenaran kepada kelab untuk mengikut kuota penyokong yang ditetapkan atau mengurangkan jumlah kemasukan penonton berdasarkan kemampuan kelab daripada segi pengurusan petugas stadium, pasukan keselamatan atau marshall pada hari perl4wanan bermula dengan aksi minggu ketiga Piala Malaysia pada 29 Oktober ini.

“Apa yang penting juga, hanya penyokong atau penonton sudah lengkap div4ksinasi boleh masuk ke stadium selain wajib memakai pelitup muka sepanjang perl4wanan serta tiada aktiviti makan dan minum sepanjang berada di stadium.

“Bagi kanak-kanak bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan berada di stadium mengikut SOP ditetapkan kerajaan dan juga SOP kebenaran penonton masuk ke stadium pada April lalu yang dikeluarkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ab Ghani turut memaklumkan penyokong juga dibenarkan untuk menyaksikan perl4wanan persahabatan kelab yang bertanding dalam Piala Malaysia jika ada aksi pem4nas badan sepanjang perl4wanan antarabangsa pasukan kebangsaan pada bulan ini.

“Bagaimanapun kelab terbabit perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada MFL dan wajib mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN, KKM dan KBS bagi kemasukan penyokong ke stadium walaupun perl4wanan itu hanya berstatus aksi persahabatan.

“Ini penting bagi memastikan kita bersama-sama menjaga SOP untuk meng3lak sebarang ins!den tidak diingini berlaku. SOP yang lengkap berkenaan penyokong masuk ke stadium bermula 29 Oktober akan diberikan kepada pasukan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sumber-BH