Status Tanda Tanya Isu Tersebut Sudah Terjawab

KUALA LUMPUR: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh senyum lebar selepas permohonan mereka menyertai sa!ngan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini diluluskan Konfederasi Bolas3pak Asia (AFC).

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata keputusan berkenaan dibuat pada mesyuarat EXCO badan induk berkenaan, di sini, semalam.

“Jawatankuasa pertandingan dan EXCO sudah luluskan permohonan JDT. Ya, (mereka akan bertanding untuk edisi tahun ini),” kata Windsor.

BH Sukan sebelum ini melaporkan status penyertaan JDT di ACL secara tiba-tiba menjadi tanda tanya selepas timbul dakw4an bahawa AFC menolak pendaftaran mereka untuk ke saingan itu.

Tindakan itu did4kwa berpunca daripada kegagalan skuad Benjamin Mora menghabiskan baki aksi peringkat kumpulan di Doha, musim lalu akibat pand3mik COV!D-19.

Tindakan men4rik diri itu sebenarnya terpaksa dilakukan JDT selepas kerajaan tidak membenarkan pergerakan keluar masuk di pintu sempadan negara sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kaw4lan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dakw4an penolakan pendaftaran JDT oleh AFC bagaimanapun dip3rtikai beberapa pihak kerana ia dianggap tidak adil buat skuad Harimau Selatan selain ada yang menyifatkan juara Liga Super tujuh kali berturut-turut itu sebagai m4ngsa keadaan.

Undian ACL 2021 akan berlangsung esok dengan skuad Harimau Selatan diletakkan dalam balang tiga.

Sumber-BH