Status terkini pengoperasian Masjid, Surau

Kerajaan hari ini memutuskan untuk membenarkan semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan, untuk beroperasi dengan tertakluk kepada pros3dur operasi standard (SOP) yang diumumkan sebelum ini.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran beroperasi itu tidak membab!tkan surau dna masjid yang berada dalam z0n mer4h.

Katanya, kebenaran itu diberikan berikutan melihat pihak jemaah dan pengurusan masjid dapat mematuhi SOP yang digariskan dengan sempurna selepas kebenaran mula diberikan pada Jumaat lalu.

“Memandangkan kadar pem4tuhan SOP yang tinggi, mesyuarat khas menteri hari ini memberi kebenaran beroperasi kepada semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan, kecuali masjid dan surau di z0n mer4h.

“SOP yang ditetapkan adalah masih sama iaitu jumlah jemaah adalah satu pertiga daripada kapasiti sebenar ruang solat utama masjid dan surau, di samping mencatat kehadiran jemaah dan sebagainya.

“Namun, masjid dan surau di negeri lain tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas menteri mengenai pematuhan PKPP di Putrajaya, hari ini.