Sudah Tidak Sabar Sertai Sabah FC

Kota Kinabalu: Pemain import Sabah Football Club (FC) dari Indonesia, Saddil Ramdani sudah tidak sabar untuk menjalani latihan bersama pasukan itu seterusnya ber4ksi dalam s4ingan Liga Super, musim ini.

Katanya, dia kini sudah berada di Kuala Lumpur namun terpaksa menjalani kuar4ntin selama tujuh hari sebelum dibenarkan menyertai ‘keluarga’ skuad Badak.

“Saya sekarang sudah berada di Kuala Lumpur, untuk sementara ini saya menjalani kuar4ntin tujuh hari dan saya ingin katakan, saya sudah tidak sabar untuk bersama pasukan Sabah FC, berlatih dan beraksi bersama mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu video yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Persatuan Bola S3pak Sabah (SAFA), hari ini.

Saddil antara empat pemain import yang dikatakan sudah meng!kat kontrak dengan Sabah FC bagi memperkuatkan skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto pada musim ini.

Tiga lagi pemain import yang turut masih belum bersama pasukan ialah Sam Johnson dari Liberia, Risto Mitrevski (Macedonia) dan Levy Madinda (Gabon)

Terdahulu semalam, pengurus pasukan, Marzuki Nasir membayangkan Sabah FC bakal beraksi dengan hanya menggunakan seorang pemain import dalam dua aksi pertama Liga Super mereka di gelanggang l4wan.

Dua perl4wanan itu membabitkan pertemuan dengan Melaka United di Stadium Hang Jebat dan Kedah di Stadium Darul Aman.

Katanya, tiga daripada empat pemain itu kini sudah berada di Malaysia manakala seorang lagi dalam proses untuk masuk ke negara ini.

Sumber MH