Sudah Tidak Sabar

KUALA LUMPUR: Pemain import dari Jepun, Masashi Motoyama mengakui tidak sabar untuk beraksi bersama pasukan Kelantan United dalam sa!ngan Liga Perdana, musim ini.

Bekas pemain utama kelab Kashima Antlers itu tiba di sini, hari ini dan akan menjalani proses kuar4ntin terlebih dahulu sebelum secara rasmi menyertai pasukan Pantai Timur itu.

“Saya akan bermain bersama Kelantan United musim ini dan saya tidak sabar untuk menyertai pasukan ini.

“Saya juga tidak sabar untuk bertemu anda semua (penyokong) di Malaysia. Terima kasih atas sokongan anda semua untuk saya,” katanya.

Motoyama pernah beraksi untuk Kashima Antler selama 18 tahun sebelum menyertai Giravantz Kitakyushu pada musim 2016. Dia juga menjadi salah seorang pemain skuad Piala Asia Jepun tahun 2004.

Penyertaannya bersama Kelantan United adalah hasil kerjasama Yakult Malaysia dan Kelantan United yang di meterai sebelum ini.

Ia juga sebahagian daripada perancangan pembangunan bola s3pak akar umbi Kelantan United yang ingin mendapatkan pend3dahan DNA bola sepak Jepun dalam pasukan mereka.

Sumber-BH