Syafiq Bukan Terlelap

Georgetown: Keluarga Muhammad Syafiq Ahmad, 25, menafikan kem4langan yang berlaku, Ahad lalu disebabkan pemain bola s3pak kebangsaan terlelap.

Sebaliknya, bapa Muhammad Syafiq, Ahmad Ibrahim, 56, menegaskan anaknya berulang kali memaklumkan dia cuba mengelak sesuatu sebelum kenderaan pelbagai guna mewah dipandunya hilang kawalan dan terb4bas.

“Apatah lagi ketika itu Syafiq menceritakan bahawa dia sedang berbual dengan isterinya (Nur Amalina Norain, 25) sebelum kejadian mer4gut ny4wa bayi, ibu mentua serta pembantu rumahnya, berlaku sekelip mata.

“Jadi, keluarga kami terk!lan dan sedih dengan laporan yang mengatakan Syafiq dipercayai terlelap sebelum terbabit dengan kemal4ngan itu.

“Syafiq juga sudah memberi keterangan kepada polis semalam berhubung ins!den itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Polis sebelum itu memaklumkan bahawa siasatan awal yang dijalankan mendapati punca kema4angan yang mer4gut tiga ny4wa itu disebabkan pemandunya dipercayai tertidur.

Laporan menyebut, susulan itu Toyota Vellfire yang dipandu Muhammad Syafiq hilang kawalan dan mel4nggar pembahagi jalan, sebelum terseret sejauh 30 meter.

Ketika kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, Muhammad Syafiq dalam perjalanan membawa Nur Amalina yang sedang berpantang, pulang ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern mengesahkan pihaknya sudah mengambil keterangan Muhammad Syafiq berhubung kem4langan itu.

“Polis akan menyemak semua fakta yang ada untuk rujukan Timbalan Pend4kwa Raya dan kes disi4sat mengikut S3ksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber-MH