Syarat Sebelum Calon Ahli Politik Diterima Untuk Bertanding

Kuala Lumpur: Siapa sahaja boleh bertanding pada pemilihan Kongres Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM) Ke-57 dan ia termasuk ahli politik.

Namun, sebelum seseorang calon itu diterima untuk bertanding, individu berkenaan perlulah ‘bersih’ dan tidak pernah did4kwa di mana-mana mahkamah atas apa juga kesalahan jen4yah.

Malah, tokoh yang dicalonkan juga wajib bebas daripada masalah keb4nkrapan sekiranya berhasrat untuk mer3but salah satu daripada 17 kerusi yang dipertandingkan nanti.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan FAM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, tiada halangan buat mana-mana ahli politik untuk dicalonkan seperti mana dalam kongres pemilihan terdahulu.

“Ahli gabungan FAM boleh calonkan sesiapa sahaja untuk bertanding dan ada syarat-syaratnya.

“Jadi syarat itu dia (calon) mestilah tidak ada apa-apa pend4kwaan atau tudvhan, macam kes p3cah amanah ke, penyalah gunaan d4dah, pen!puan, rasvah, man!pulasi perlaw4nan dan benda-benda macam itu tak boleh. Dia tidak layak bertanding.

“Walaupun ada ahli yang mencalonkan dia, orang itu tetap tak boleh bertanding. Ahli boleh calonkan siapa sahaja, tapi jawatankuasa saya akan teliti dia tak ada kes-kes atau tuduhan-tuduhan di mahkamah. Begitu juga bankr4psi pun sama, tak dibenarkan.

“Jadi kalau ada ahli politik yang dicalonkan boleh, tapi dia mestilah tak ada dakw4an di mahkamah,” katanya kepada Arena Metro.

Semalam menerusi laporan Arena Metro, difahamkan kemungkinan beberapa calon ahli politik dijangka turut memanaskan pemilihan Kongres FAM yang dijadualkan berlangsung pada 13 Mac depan.

Menurut sumber, ketika ini terdapat khabar angin yang mengaitkan nama tokoh tertentu untuk mer3but jawatan penting di Wisma FAM.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan akan mengumumkan secara rasmi nama calon bertanding sebaik tarikh akhir pencalonan ditutup pada 11 Februari ini.

“Tamat tempoh pencalonan, kita akan umumkan. Tetapi jika ada calon yang mengumumkan, itu di luar bidang kuasa saya,” katanya.

Sejak borang pencalonan dibuka pada 13 Januari lalu, hanya dua calon iaitu Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang mengumumkan pendirian untuk mempertahankan kerusi masing-masing.

Sumber-MH