Syed Saddiq beri keterangan

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir memberi keterangan di Bukit Aman, kira-kira sejam setengah bermula jam 2.15 petang hari ini.

Ia bagi membantu siasatan berhubung kenyataan Ahli Parlimen Muar itu yang didakwa berunsur hasutan dalam temubual bersama sebuah stesen televisyen antarabangsa.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Syed Saddiq sekali lagi untuk direkod percakapan, jika mempunyai keperluan.

“Syed Saddiq masuk Bukit Aman kira-kira jam 2.15 petang dan keluar jam 3.45 petang. Beliau direkod percakapan kira-kira sejam setengah.

“Tidak pasti (Syed Saddiq akan dipanggil kembali atau tidak). Ia bergantung pada (hasil) keterangan hari ini,” katanya pada BH, hari ini.

Terdahulu, Mior Faridalathrash, dilaporkan berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksy3n 4(1) Akta H4sutan serta Seksy3n 233 Akta Komunikasi Multimedia.

Sumber : BH