Tak Goyang reputasi JDT

PENGENDALI PDRM, Mohamad Ishak Kunju Mohamad menyas4rkan sekurang-kurangnya satu mata apabila skuadnya melayani kunjungan gerg4si Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta`zim (JDT), pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok.

Beliau berkata, sas4ran itu realistik bagi mengel4k anak buahnya tert3kan kerana Harimau Selatan yang juga juara Liga Super enam kali berturut-turut mempunyai barisan serba lengkap di setiap posisi ditambah lima tenaga import berbanding hanya tiga dimiliki The Cops.

Bagaimanapun, jika anak buahnya berjaya melakukan k3jutan ia bonus buat pasukannya yang setakat ini belum melakar sebarang kemenangan dalam dua aksi awal.

“Biarpun sedar skuad JDT sukar disa!ngi, tapi secara keseluruhannya semua pemain sudah bersedia memperagakan aksi terbaik untuk sekurang-kurangnya mencipta seri lebih-lebih lagi beraksi di laman sendiri.

“Tapi jika berjaya melakar k3jutan, saya anggap bonus kerana kami tahu kekuatan JDT, justeru bagi memastikan pemain mampu menya!ngi lawan, akan ada sedikit r0mbakan dalam senarai pemain selain perubahan taktikal,” ujar Ishak.

Dalam dua aksi terdahulu,mereka hanya mampu seri 0-0 bertemu Sabah sebelum tewas 1-3 kepada Melaka Jumaat lalu.

Mengulas lanjut, Ishak menyatakan beliau menarik nafas lega selepas peny3rang importnya dari England, Antonio German sudah menemui sentuhan jaringan ketika aksi kedua bertemu skuad Hang Tuah.

Sumber : HM