Tak Sangka Itu Petanda Akhir Sebelum Kejadian Berlaku

SETIU: “Affis sempat memberitahu tidak akan menghantar adiknya pulang ke Kelantan dan meminta saya mengambil mereka di Terengganu sebelum sesi persekolahan bermula. Ketika bersalam dengan Akimi pula, saya terasa tangannya teramat sejuk.”

Itu antara kenangan terakhir Anita Hassan, 58, bersama dua anaknya, Mohamad Amirul Affis Mohamad, 23, dan Mohamad Amirul Akimi Mohamad, 15, yang m4ut dalam kem4langan di Kilometer 42 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong, di sini, kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Bayi Mohamad Amirul Affis, Nur Raisha Delisha yang berusia lima bulan, juga terk0rban dalam kem4langan itu, manakala seorang lagi anak Anita, Balqis Mohamad, 8, c3dera.

Anita memaklumkan, isteri kepada Mohamad Amirul Affis, Hanisyafiqah Syazwany Yaakub, 27, dan dua anak tiri Allahyarham, iaitu Muhammad Rayyan Ashraff Alias, 6, serta Muhammad Rizairil Adam Alias, 3, turut mengalami kec3deraan.

Beliau berkata, Mohamad Amirul Affis bersama keluarga pulang ke Kok Lanas, Ketereh, Kelantan, semalam, untuk mengambil Mohamad Amirul Akimi serta Balqis bagi menghabiskan cuti persekolahan.

“Kebetulan pada ketika itu, saya berada di Jeli dan pulang ke Kok Lanas untuk menghantar dua beradik berkenaan serta berjumpa mereka sekeluarga sebelum ke Jeli semula.

“Ketika Affis memberitahu tidak akan menghantar adiknya pulang, saya memang tidak terlintas langsung perkara ini (kem4langan) bakal terjadi kerana menyangka mungkin selepas ini dia sibuk bekerja, justeru tiada masa untuk pulang semula ke kampung.

“Affis sempat meminta maaf kepada saya. Namun, saya memberitahu dia tidak ada buat salah apa-apa dengan saya, begitu juga adik-beradiknya yang lain,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Setiu, hari ini.

Menceritakan lanjut, Anita berkata, beliau perasan sepanjang pertemuan kali terakhir itu, Mohamad Amirul Affis asyik merenung dan melihatnya sehingga beliau terasa segan.

“Ketika bersalam dengan Akimi pula, saya terasa tangannya teramat sejuk sehingga bertanya kenapa tetapi Akimi hanya gelak,” katanya.

Anita berkata, sebelum bertolak ke Terengganu, beliau sempat bertanya sama ada mereka larat memulakan perjalanan pada awal pagi.

“Bagaimanapun, mereka memberitahu Affis serta isterinya boleh bergilir-gilir memandu kereta, dan terp4ksa bertolak awal pagi kerana Affis perlu masuk kerja, hari ini.

“Saya sempat berpesan supaya menelefon apabila sampai. Bagaimanapun, tiada panggilan diterima sehinggalah seorang saudara kami menghubungi saya dan memaklumkan anak bersama keluarga terbabit kem4langan di Setiu,” katanya.

Dalam pada itu, Anita berkata, Mohamad Amirul Affis dan Mohamad Amirul Akimi akan dikebvmikan di Kok Lanas, manakala Nur Raisha Delisha pula di Kampung Tok Randok, Ajil, Terengganu, atas permintaan ibunya.

Sumber-BH