Tarikh Baharu Memberikan Peluang Terbaik

KUALA LUMPUR: Persekutuan Bola S3pak ASEAN (AFF) mengumumkan kejohanan Piala AFF 2020 akan berlangsung pada Disember tahun depan.

Ia kali kedua tarikh kejohanan yang sepatutnya berlangsung pada bulan lalu itu dipinda selepas kali pertama dijadualkan berlangsung April tahun depan susulan pand3mik COV!D-19.

Presiden AFF, Mejar Jeneral Khiev Sameth menjelaskan keputusan itu diambil selepas mengambil kira kepentingan kesihatan semua pihak yang terbabit.

“Kami memantau perkembangan COV!D-19, baik di dalam ASEAN mahupun di serata dunia, secara berterusan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Walaupun ada hasil yang menggembirakan dalam pembangunan vaks!n, kami sedar bahawa segala proses pelaksanaan program vaks!n di seluruh dunia termasuk ASEAN akan memakan masa.

“Memandangkan kesukaran penganjuran kejohanan dan banyak pihak yang terkesan, AFF percaya dengan mengambil pendekatan pragmatik dan membuat keputusan lebih awal membolehkan semua pihak terbabit dengan kejohanan itu menyusun semula perancangan mereka.”

Mengulas lanjut, beliau berkata keputusan menganjurkan kejohanan pada Disember tahun depan sebagai langkah yang paling sesuai memandangkan jadual pertandingan bola s3pak peringkat antarabangsa dan domestik di seluruh dunia yang dijangka padat tahun depan.

“Tarikh baharu bermula pada 5 Disember hingga 1 Januari 2022, akan memberikan peluang terbaik untuk kejohanan ini diadakan dalam format penuh dengan perl4wanan di gelanggang sendiri dan tempat l4wan di peringkat kumpulan dan kalah m4ti,” katanya.

Sumber-BH