Tash Young Sudah Bertudung

PELAKON dan penyanyi, Tash Yong, 30, kini tampil bertudung sejak Aidiladha lalu.

Tash atau nama sebenar Nur Natasha Shazlia Rosli berkata, perubahan itu adalah kerana Allah SWT.

“Saya bertudung sekarang kerana Allah. Alhamdulillah, saya memakainya dengan rela hati dan berharap terus istiqomah.

“Kali ini (ketika Aidiladha lalu) saya memang betul-betul rasa nak pakai tudung kerana Allah. Saya nak buat apa yang Allah suka sebab usia kita tak tahu habis bila dan saya t4kut tak sempat nak bertaubat,” katanya.

Tash yang dikenali menerusi drama Menantu Ting Tong di TV3 bersama Ruhainies dan Ben Amir itu turut menafikan dia sudah bertemu calon suami.

“Sekarang saya fokus kepada perniagaan diusahakan kerana nak capai sas4ran membantu lebih ramai orang yang mengalami mas4lah ekonomi untuk b4ngkit jana pendapatan semula,” katanya.

Bercerita mengenai kerjaya seninya, Tash berkata, hingga kini dia belum terbabit dengan sebarang penggambaran drama atau filem terbaharu.

Bagaimanapun pada 1 Februari lalu, Tash tampil dengan lagu solo pertama berjudul Lepas bergenre balada ciptaan Zah Amirul.

Namun, disebabkan pelaksanaan Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP) selepas itu, Tash tak boleh melakukan aktiviti promosi dan publisiti.

Bagaimanapun, dari sudut positif, Tash bersyukur kerana impiannya mahu menjadi penyanyi tercapai walaupun lagu itu tidak menyerlah.

Kata Tash, rezekinya untuk menyinar sebagai penyanyi belum tiba, namun dia tak pat4h semangat dan akan terus mencuba.

Sumber-MH