Teka Teki Belum Terjawab

Kuala Terengganu: Siapa bakal dilantik menjadi ‘jeneral’ padang bagi pasukan Terengganu FC (TFC) belum dimuktamadkan jurulatih skuad itu dalam mengh4rungi s4ingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC musim ini.

Bagaimanapun ketua jurulatih skuad Penyu itu, Nafuzi Zain mengakui sudah mempunyai beberapa calon yang sesuai untuk memegang jawatan itu berdasarkan beberapa aksi pem4nas badan.

“Bagi jawatan ketua pasukan kita belum putvskan lagi siapa yang patut diberi jawatan itu walaupun dalam aksi persahabatan kita sudah mencuba beberapa pemain yang difikirkan layak memegang jawatan itu.

“Namun kita sudah ada bayangan kapten pasukan, tiba masanya kita akan serahkan tugas ini selepas berbincang dengan barisan jurulatih sebelum aksi pertama nanti.

Beliau berkata demikian selepas tamat aksi persahabatan bertemu Kelantan United di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak semalam yang berkesudahan TFC mer4kam kemenangan 3-1 hasil j4ringan Makan Konate, Azalinullah Alias dan Charlie De Murga manakala gol saguhati law4n dij4ringkan Asraf Aliffudin.

Katanya, objektif aksi pemanas badan itu adalah untuk membentuk persefahaman yang mantap selain kecergasan pemain sebelum s3pak mula liga.

Mengenai kesebelasan utama pasukan menjelang pertemuan dengan UiTM di Stadium UiTM Shah Alam pada 6 Mac ini, beliau menjelaskan perlu mengkaji terlebih dahulu skuad The Lion Troop itu.

“Kita dalam proses untuk menyenaraikan kesebelasan utama, namun kita akan menilai keupayaan pasukan l4wan terlebih dahulu sebelum memutvskannya, daripada situ kita akan mengetahui pemain mana yang sesuai dan terbaik perlu disenaraikan.

“Lagipun kami masih mencor4kkan pasukan dan pemain, tapi semua pemain sudah bersedia untuk ber4ksi pada perl4wanan pertama itu,” katanya.

Sumber MH