Teka Teki Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Terjawab

Kuala Lumpur: Teka teki venue Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 akhirnya terjawab apabila Konfederasi Bolas3pak Asia (AFC) memilih Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai gelanggang tetap untuk menghabiskan baki aksi Kumpulan G secara karniv4l.

Ia diumumkan AFC di laman Facebook badan induk itu yang menyaksikan lima pasukan dari Kumpulan G iaitu tuan rumah, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia akan beraksi di negara Asia Barat itu.

Tarikh bagi perl4wanan terbabit juga sudah ditetapkan bermula pada 3 hingga 15 Jun depan.

Pemilihan UAE itu sekali gus menamatkan teka teki sebelum ini di mana selain UAE, Thailand juga difahamkan menghantar permohonan untuk dipilih sebagai tuan rumah.

Dengan keputusan itu, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sudah boleh merangka strategi terbaik terutama dalam memastikan anak buahnya dapat menyesuaikan diri beraksi pada suhu panas sekitar 40 darjah Celsius di UAE Jun depan.

Untuk r3kod, Malaysia akan turun men3ntang UAE pada 3 Jun sebelum berdepan Vietnam lapan hari kemudian.

Aksi penutup kemp3n kelayakan itu pula menyaksikan Harimau Malaya akan menghadapi tent4ngan Thailand pada 15 Jun depan.

Dua stadium dicadangkan oleh tuan rumah iaitu Stadium Zabeel dan Stadium Al Maktoum sebagai venue rasmi semua perl4wanan Kumpulan G itu.

Malaysia setakat ini berada di tangga kedua kumpulan dengan sembilan mata, kurang dua mata di belakang pendahulu, Vietnam.

Sumber MH