Teka Teki Sudah Terjawab, Beliau Sah Menyertai JDT

Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh sah menyertai juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim bagi menghadapi sa!ngan Liga Malaysia musim 2021.

Perkara ini diumumkan oleh JDT menerusi satu video di laman media sosial rasmi pasukan dimana Sumareh bakal meny4rung jersi bernombor 13.

 

Sebelum ini, beberapa pasukan Liga Malaysia dikaitkan dengan Sumareh setelah beliau kembali dari beraksi di Thai League 1 bersama Police Tero FC pada separuh masa pertama musim 2020/2021.

Ketibaan Mohamadou Sumareh di JDT bermakna skuad Harimau Selatan itu kini mempunyai dua pemain sayap utama pasukan negara di samping Safawi Rasid.

Dari segi pers4ingan, bekas pemain Pahang itu bakal berdepan cab4ran dari Safawi, bintang muda yang sedang meningkat baik iaitu Ramadhan Saifullah dan Akhyar Rashid.

Sumber-VocketFC