Teka Teki Sudah Terjawab

KUALA LUMPUR: Peminat bola s3pak tanah air sudah boleh melupakan hasrat untuk melihat Isaac Angking menyarung jersi skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

Ia selepas pemain kacukan Malaysia-Amerika Syarikat itu memilih untuk bersama pasukan antarabangsa Puerto Rico.

Angking yang beraksi di posisi tengah tampil bersama Puerto Rico dalam perl4wanan kelayakan Piala Dunia 2022 men3ntang St Kitts and Navis, pagi tadi.

Pemain muda yang baru berusia 21 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama dan beraksi selama 64 minit sebelum digantikan dengan Wilfredo Rivera dan perl4wanan itu berkesudahan Puerto Rico t3was 0-1.

Bekas pemain New England Revolution di saingan Major League Soccer (MLS) itu dikatakan mempunyai pertalian dengan Malaysia melalui ibunya yang berasal dari Sarawak.

Menurut undang-undang yang Persekutuan Bola Sep4k Antarabangsa (FIFA), seseorang pemain itu tidak dibenarkan untuk menukar skuad kebangsaan yang diwakili apabila sudah beraksi dalam perl4wanan rasmi yang dikelola badan bola sep4k dunia itu.

Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi ketika dihubungi tidak menol4k kemungkinan Angking tidak berminat mewakili Harimau Malaya selepas pemain itu membuat keputusan menyarung jersi Puerto Rico.

Sebelum ini, juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan berminat untuk menandatangani Angking bagi memp3rkuatkan lagi skuad Harimau Selatan.

Sumber BH