Tekad Beliau Selepas Diterima Menyertai Sabah FC

Seremban: Selepas hasratnya untuk beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini tercapai apabila diterima menyertai Sabah FC, N Thanabalan kini bertekad untuk memb4las kepercayaan diberikan Persatuan Bolas3pak Sabah (SAFA).

Bekas peny3rang skuad bawah 22 tahun negara (B-22) berusia 26 tahun itu, mahu memastikan kehadirannya dalam pasukan Sabah FC dapat memberi impak positif kepada kekuatan pasukan berkenaan.

“Saya amat menghargai kesediaan Sabah menerima saya sebagai sebahagian daripada anggota dalam pasukan ini dan akan berusaha k3ras membalas kepercayaan diberikan itu.

“Memang rasa teruja dan gembira selepas diterima masuk sekali gus memberi peluang kepada saya untuk beraksi dalam Liga M musim ini.

“Malah, ternyata ia memberikan semangat kepada saya untuk membantu pasukan Sabah melakar kejayaan cemerlang musim ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut bekas pemain Negeri Sembilan itu, ketika ini fokusnya adalah untuk membentuk keserasian dengan pemain sedia ada dalam pasukan berkenaan, bagi memastikan Sabah mampu memberikan cab4ran bermakna dengan penc4bar lain.

Pemain kelahiran Rantau Negeri Sembilan itu berkata, biarpun baharu empat hari mengikuti latihan di bawah bimbingan pengendali Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto, namun dia yakin mampu mencapai tahap prestasi terbaik menjelang aksi pembukaan Liga Super, 5 Mac nanti.

“Saya sentiasa berusaha mengekalkan tahap kecergasan diri biarpun sebelum ini belum tahu pasukan mana disertai, selain tersekat kerana Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP).

“Sebagai pemain bola s3pak profesional tahap kecergasan elemen paling utama, tambahan pula liga bakal membuka tirainya tidak sampai dua minggu lagi,” kata pemain yang beraksi cemerlang bersama skuad negara pada Sukan SEA 201 di Kuala Lumpur.

Thanabalan yang beraksi bersama Perak II musim lalu, berkata sas4rannya kini adalah mendapatkan kepercayaan Kurniawan bagi memastikan peluang berada dalam barisan kesebelasan utama pasukan.

“Saya perlu bekerja keras dan memastikan prestasi di tahap terbaik bagi memastikan peluang berada dalam kesebelasan utama pasukan tidak ters4sar,” katanya yang bertekad menggunakan pengalaman di pentas antarabangsa bagi membantu Sabah.

Thanabalan antara pemain berbakat yang berjaya dilahirkan Persatuan Bola S3pak Negeri Sembilan (PBNS) apabila memulakan kerjaya pada 2013 bersama Negeri Sembilan.

Dia kemudian dipinjamkan kepada FELCRA FC bagi mengh4rungi sa!ngan Liga FAM 2017 dan membantu pasukan berkenaan meraih naib juara sebelum sertai Kedah.

Sumber MH