Teladan Kisah Jual Kasut Emas

SAYA terpanggil untuk menulis isu masalah kewangan yang dihadapi bekas peny3erang bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus yang terpaksa menjual trofi Kasut Emas demi meneruskan kelangsungan hidup ketika COVID-19.

Kita tidak sepatut mel4tah dengan tindakannya menjual Kasut Emas demi meneruskan kelangsungan hidup. Apa gunanya kasut berkilauan di dalam almari cermin sedangkan perut berker0ncong meminta sesuap nasi.

Bagi yang merasai keperitan hidup seperti beliau sahaja yang mengetahui alangkah susahnya hidup tanpa memiliki wang setelah bertahun tidak mendapat gaji. Walaupun kasut itu mempunyai nilai sentimental tinggi, ia tidak akan membantu beliau meneruskan kelangsungan hidup pada zaman svkar ini.

Bagi masyarakat di luar, mereka boleh mengvtuk tetapi sedarlah apa yang dirasai Khalid ini hanya beliau yang tahu.

Kita tidak mahu lagi mendengar selepas ini seorang demi seorang atlet kita menjual pingat emas sama ada yang dimenangi ketika kejohanan kebangsaan atau antarabangsa demi sesuap nasi.

Usaha Timbalan Menteri Belia dan Sukan menjemput Khalid berbincang diharap dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi beliau.

Kepada ahli sukan lain, jadikan apa yang berlaku kepada Khalid sebagai pengajaran bahawa langit tidak selalu cerah. Ia pengajaran pahit terpaksa dilalui ahli sukan yang dulunya dilimpahi kemewahan dengan mendapat gaji puluhan ribu ringgit.

Sebagai ahli sukan tentunya pendapatan ribuan ringgit itu hanyalah nikmat sementara yang pastinya akan hilang apabila khidmat tidak diperlukan lagi

Sumber-BH