Tempahan P4lsu, Tipu Du!t

EMPAT laporan polis dibuat peniaga makanan termasuk pengurusan sebuah hotel di Parit Buntar apabila diperdaya seorang lelaki yang menggunakan nama hotel berkenaan pada 23 dan 24 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kesemua m4ngsa menerima panggilan dari seorang lelaki melalui nombor telefon 011-1688 3820 dengan menyamar sebagai pengurusan hotel berkenaan dan memesan makanan dalam kuantiti yang banyak.

Menurutnya, m4ngsa juga turut diminta ‘upah’ RM 170 setiap seorang kerana membantu melariskan perniagaan mereka.

“Tanpa membuat semakan dengan pihak hotel berkenaan, kesemua peniaga berkenaan menghantar makanan dan barangan yang ditempah ke hotel berkenaan sebelum h4mpa dan terk3jut apabila pihak hotel memaklumkan tiada sebarang tempahan dibuat pihak mereka.

“Selain itu, dua m4ngsa juga memaklumkan mereka sudah membayar ‘upah’ sebanyak RM170 setiap seorang ke nombor akaun sebuah bank yang diberikan susp3k.

“Susulan berasakan tert!pu, kesemua m4ngsa membuat laporan polis pada hari kejadian di Balai Polis Parit Buntar,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, hasil s!asatan lanjut pihak polis mendapati terdapat satu kes dilaporkan di Sarawak atas nombor telefon yang sama.

“Sehingga kini pihak polis masih menjalankan s!asatan bagi mengesan svspek berkenaan dan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta bekerjasama dengan pihak polis.

“Selain itu, para peniaga turut dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam berurus niaga,” katanya.

Sementara itu, pengurusan hotel berkenaan ketika dihubungi media memaklumkan laporan polis dibuat mereka terhadap pihak tidak bertanggungjawab kerana sebarang tempahan yang tidak wujud.

Sumber-MH