Temui Jalan Buntu

KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dijangka menjelaskan tungg4kan elaun tugasan pengadil selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Dakwa sumber kepada Bernama hari ini, perkembangan menggembirakan itu diterima menerusi kiriman WhatsApp daripada Pegawai Pembangunan Pengadil (PPP) negeri terbabit, sehari selepas isu tungg4kan elaun pengadil bagi sa!ngan Piala Malaysia dan Liga M3 2019 serta aksi kelayakan Piala FA 2020, tular Selasa lalu.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan PPP…pihak MFL akan menjelaskan elaun tugasan pengadil dalam masa terdekat (sebelum Mei)…Harap maklum,” kata kiriman itu.

Bernama cuba mendapatkan pengesahan daripada MFL dan Unit Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung perkembangan positif itu, namun menemui jalan buntu.

Kedua-dua entiti bola sepak negara itu juga sehingga kini masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tungg4kan elaun tugasan pengadil berkenaan.

Selasa lalu, sebuah stesen televisyen tempatan melaporkan timbul beberapa aduan mengenai tungg4kan elaun tugasan pengadil di media sosial sekali gus perkara itu menarik perhatian peminat.

Dalam pada itu, sumber mendakwa isu tungg4kan elaun pengadil bukan perkara baharu.

Bernama difahamkan masalah tungg4kan elaun tugasan pengadil itu tidak membabitkan sa!ngan peringkat tertinggi iaitu Liga Super.

Sumber : BH