Terasa Dengan Apa Yang Berlaku

Walaupun Asmirul Anuar Aris selaku bekas Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah memberi jaminan terhadap bayaran gaji pemain, pasukan itu masih belum menerima gaji penuh bulan Februari, meskipun tinggal satu hari sahaja lagi untuk menyambut hari raya Aidilfitri.

Sebelum ini, Asmirul mengesahkan RM500,000 sudah dibayar kepada pemain dan jurulatih, manakala RM1.5 juta akan dibayar oleh pengurusan baharu.

Namun menurut laporan Astro Arena, ia masih belum disalurkan kepada pemain dan pegawai yang berkemungkinan terpaksa beraya tanpa gaji.

“Saya dan rakan sepasukan terasa dengan apa yang berlaku,” kata pertahanan Kedah, Azmeer Yusof.

“Kami menggunakan wang simpanan bagi menampung beb4nan yang telah berlaku. “Buat masa ini, kami hanya menunggu khabar angin dan isu gaji ini harap dapat diselesaikan.” Ini menjadi tahun yang paling suram buat pemain Kedah.

Sumber : football-tribe