Terima Kec4man Dan Terb0ngkar Semua Kesalahan

Iskandar Puteri: Lelaki yang membawa sebatang pokok pisang menggunakan Toyota Vios di Taman Mutiara Rini, Skudai, dekat sini, petang semalam, bukan saja tidak memiliki lesen memandu malah mempunyai 18 sam4n trafik, empat waran tangk4p dan 10 saman tidak boleh dikom4aun.

Video lelaki berkenaan yang memandu dengan membawa sebatang pokok pisang secara melintang itu tul4r di media sosial sejak petang semalam dan menerima kec4man pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 30 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di Jalan Persiaran Utama, Taman Mutiara Rini, Skudai, dekat sini, jam 2 petang semalam.

“Pada jam 7.15 malam, pemilik kereta yang berada di Singapura berjaya dihubungi dan pada jam 8.30 malam hari sama, anak pemilik kereta hadir bersama kenderaan yang tul4r di video berkenaan.

“Berdasarkan keterangan lisan anak pemilik, kenderaan itu dipandu oleh sepupunya yang membawa pokok pisang untuk upacara keagamaan di Taman Mutiara Rini.

“Pada jam 9.30 pagi tadi, lelaki berusia 30 tahun yang memandu Toyota Vios berkenaan menyerah diri ke Balai Polis Trafik Iskandar Puteri.

“Hasil pemeriksaan rekod sam4n lampau, pemandu berkenaan memiliki 18 s4man trafik termasuk empat waran t4ngkap dan 10 s4man tidak boleh dikom4aun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Video tul4r berdurasi 54 saat itu memaparkan rakaman pemandu yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu Toyota Vios kerana memb4hayakan pengguna jalan raya lain.

Zulkhairi berkata, pemandu itu dis4man mengikut Kaedah 20 LN. 166/59 atas kesalahan membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai.

Katanya, pemandu berkenaan juga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi tadi untuk menyelesaikan kes sam4n lampau yang berstatus waran t4ngkap.

“Secara keseluruhannya sam4n yang diselesaikan ialah sebanyak enam sam4n bernilai RM1,200.

“Kereta berkenaan dis!ta mengikut bawah S3ksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen sehingga pemilik sah kenderaan hadir untuk diambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber-MH