Tercapai Hajat Arw4h Suami, Walaupun Hanya 15 Minit

“HAJAT arw4h suami tercapai juga walaupun hanya 15 minit dia menunggang motosikal Yamaha R15 terpakai yang baru dibelinya daripada seorang kenalan di Kuantan, Pahang.

“Arwah memang dah lama berhasrat membeli motosikal terpakai itu tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia menangguhkan dulu namun apabila dapat, dia pula pergi buat selama-lamanya, ” kata Dalila Zolkofli, 27.

Dalam kejadian Jumaat lalu, dia menemani suaminya, Ahmad Faizal Abdul Ghani, 27, untuk membeli motosikal terpakai berharga RM7,000 yang menjadi idaman daripada rakan arw4h di Kuantan.

Dalila berkata, selepas selesai urusan pembelian dilakukan, dia mengekori motosikal suaminya dari belakang dan mer4kam detik manis suaminya bersama motosikal itu menggunakan telefon bimbit.

“Arw4h suami memang seronok dan gembira apabila menunggang motosikal itu untuk pulang ke rumah kami tidak jauh dari situ.

“Dia kemudian hilang dari pandangan apabila kami melalui jalan s3sak dan tidak lama kemudian saya nampak orang ramai mengervmuni satu kemal4ngan tetapi saya tak syak apa-apa sebelum ternampak motosikal suami menyebabkan saya tak sedap hati,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Taman Mawar di Jitra, hari ini.

Dalila berkata, sebaik mendekati kawasan kem4langan di Jalan Permatang Badak, Kuantan jam 1 tengah hari, dia ternampak tubuh suaminya di tepi jalan menyebabkan dia terus memberhentikan kenderaan.

Katanya, dia sempat melihat suaminya memberi reaksi dalam keadaan ny4wa-ny4wa ikan tetapi separuh s3dar sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan untuk mendapatkan raw4tan.

“Bagaimanapun doktor mengesahkan suami meninggal dun!a jam 12.20 tengah hari Sabtu lalu akibat kec3deraan p4rah.

“Saya tak sangka dia pergi dulu walaupun kami hanya sempat melayari rumah tangga lebih setahun lalu dan arw4h seorang suami yang sangat baik dan suka tolong orang,” katanya.

Dia berkata, suaminya yang bekerja sebagai juru x-r4y di Kuantan sebelum ini menggunakan Honda EX-5 untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Katanya, rakaman video yang sempat diambil pada hari kejadian adalah kenangan yang akan disimpan untuk selama-lamanya.

“Saya luahkan semuanya menerusi Instagram dan Facebook (FB) isi hati yang terbvku selepas kehilangan arw4h namun saya perlu tabah kerana ini semua ujian Allah,” katanya.

Jen4zah Ahmad Faizal dikebvmikan di kampung halamannya di Kampung Baluh, Pendang jam 4 pagi, Ahad lalu.

Dalila berkata, arw4h pernah berkata, kehidupannya kini lengkap apabila dia sudah berkahwin, memiliki rumah sendiri dan dapat membeli motosikal baru walaupun terpakai.

Pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata namun mereka sangat bahagia.

“Kami berdua juga sempat menunaikan umrah bersama keluarga pada Februari lalu sebelum PKP,” katanya.

Sumber-https://www.hmetro.com.my/utama/2020/07/599924/tercapai-hajat-arwah-walaupun-hanya-15-minit-tunggang-motosikal-metrotv