Terengganu FC ‘Asah Taji’

SKUAD Terengganu FC (TFC) bakal ‘asah taji’ dengan skuad Liga Super, Selangor dan tiga pasukan daripada Liga Perdana menjelang pertemuan dengan PJ City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 22 Ogos ini.

Skuad bimbingan Nafuzi Zain itu bakal men3ntang Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu pada malam ini diikuti dengan pasukan Kelantan pada 11 Ogos di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu.

Pada 14 Ogos skuad Penyu bakal bert3mbung dengan pasukan Selangor II di Padang Pusat Latihan Persatuan Bolasepak Selangor sebelum mengakhiri aksi persahabatan bertemu Selangor sehari kemudian juga di gelanggang yang sama.

Pengurus pasukan, Ahmad Shahrizal Yahya berkata, aksi persahabatan itu bakal menilai prestasi semasa pemain selepas berehat tanpa sebarang perl4wanan hampir lima bulan.

“Selain itu aksi persahabatan itu untuk mengembalikan semula ‘mood’ perl4wanan sebenar selepas rehat yang panjang serta untuk menguji taktikal yang bakal digunakan sebelum bertemu PJ City.

“Harapan kami semua pemain mampu meningkatkan keyakinan mereka selain berupaya memperagakan aksi terbaik bagi memastikan impian skuad untuk mengintai kedudukan yang lebih baik dalam liga yang bersambung hanya pusingan pertama sahaja tercapai,” katanya.

TFC yang sudah mengh4rungi tiga perlaw4nan sebelum ini bertemu Perak, Kedah dan Selangor kini mengumpul empat mata dengan masing-masing hasil satu kemenangan, satu seri serta t3was dengan menghuni ditangga kelapan liga.

Dengan berbaki lapan perl4wanan lagi, skuad yang serba lengkap di setiap posisi itu mempunyai peluang yang cerah untuk berada dalam kelompok teratas liga lebih-lebih lagi pasukan itu antara yang terawal memulakan latihan selepas kebenaran semula berlatih di padang berikutan wab4k pand3mik Covid-19.

Shahrizal berkata, walaupun aksi persahabatan itu tanpa kelibat pemain import kelahiran Singapura, Muhammad Faris Ramli yang masih berada di negaranya, tapi skuad itu mempert4ruhkan pemain muda berbakat selain empat lagi bintang import serta pemain tempatan.

“Selain penjaga gol muda, Muhammad Rahadiazli Rahalim yang dipanggil jurulatih Bawah 19 Tahun negara, Brad Maloney menyertai kem latihan pusat menjelang aksi pusingan akhir di Uzbekistan Oktober depan, dua lagi pemain yang turut dipanggil Maloney iaitu Muhammad Azam Azmi Murad dan Muhammad Muslihuddin Atiq Mat Zahid juga berada dalam pasukan pada aksi persahabatan itu,” katanya.

Sumber-MH