Terengganu FC Buat Rombakan

Kuala Terengganu: Terengganu Football Club (TFC) melakukan rombakan barisan kejurulatihan bagi menghadapi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) dan kancah Piala AFC musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Rasid Jusoh berkata, rombakan itu membabitkan penolong jurulatih pasukan Terengganu FC (TFC) dan juga barisan jurulatih pasukan Terengganu FC II (TFC II) yang diuruskan badan berkenaan.

“Pada musim ini kedua-dua jurulatih pasukan Terengganu FC (TFC) dan Terengganu FC II (TFC II) mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang baik.

“Bagi pasukan TFC kita sudah maklum ketua jurulatihnya adalah Nafuzi Zain yang juga bertindak sebagai ketua untuk pasukan TFC II manakala penolong jurulatih TFC adalah bekas pembantu jurulatih Kelantan musim ini, Tengku Hazman Raja Hassan.

“Bekas pemain Terengganu, Badrul Afzan Razali pula dilantik sebagai penolong jurulatih kepada Nafuzi bersama barisannya dalam pasukan TFC II.

“Inilah yang ada dalam senarai kejurulatihan yang masih lagi kita kekalkan 80 peratus sebagaimana barisan jurulatih tahun ini, cumanya kita tambah baik bersesuaian dengan falsafah dan DNA bola s3pak negeri.

“Kita harapkan semua jurulatih mampu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan matlamat kita untuk meningkatkan pencapaian pasukan musim ini tercapai,” katanya ketika ditemui Sukan NSTP.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bermula musim depan kedua-dua pasukan juga turut mengalami perubahan.

“Pada musim depan berbeza sedikit berbanding musim terdahulu di mana TFC II adalah sebahagian daripada pasukan TFC, jadi keseluruhannya kita panggil TFC, corak dan paten permainannya juga hampir sama.

“Bagi pemain TFC II, pemilihan berdasarkan perbincangan di antara jurulatih kedua-dua pasukan mengikut kesesuaian pasukan utama iaitu TFC II juga mempunyai komposisi pemain yang juga hampir sama dengan TFC, jadi mereka akan bersa!ng untuk beraksi dalam pasukan utama,” katanya.

Musim ini barisan jurulatih TFC diketuai pengendali kelahiran Kelantan, Nafuzi manakala bekas pemain Terengganu, Subri Sulong menjawat jawatan penolong jurulatih.

Bagi pasukan TFC II pula jawatan ketua jurulatih diketuai Roshadi Wahab yang tidak disambung kontrak musim 2021 walaupun berjaya membawa pasukan itu muncul naib juara Liga Perdana musim ini bersama bekas peny3rang Terengganu, Sapian Wahid yang dilantik sebagai penolong jurulatih.

Sumber-MH