Terengganu FC Tarik Nafas Lega

Kuala Terengganu: Ketua Pegawai Eksekutif, Terengganu Football Club (TFC), Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh menarik nafas lega selepas pasukan yang beraksi dalam sa!ngan Liga Malaysia (Liga-M) dibenarkan berlatih di padang seperti biasa mulai Isnin ini.

Katanya, kelonggaran yang diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membolehkan pasukan lebih bersedia menghadapi kejohanan yang bakal bermula pada 5 Mac depan.

Bagaimanapun beliau mengharapkan semua pemain dan pegawai perlu serius mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak MKN bagi mengelak berlaku sebarang klust3r membabitkan pemain.

Semalam Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada pasukan menjalankan program latihan berpusat atau secara kuar4ntin dalam tempoh Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP) berkuatku4sa Isnin depan.

Latihan itu membabitkan pasukan yang beraksi dalam sa!ngan Liga Malaysia (Liga M), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga S3pak Takraw (STL).

“Kami menarik nafas lega selepas kerajaan khususnya Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkan aktiviti sukan ini dalam tempoh PKP.

“Kebenaran ini membuka ruang kepada pasukan TFC membuat persiapan lebih r4pi bagi menghadapi sa!ngan Liga M yang akan bermula tidak lama lagi selain memulihkan kembali industri bola s3pak Malaysia yang terkesan akibat pand3mik Cov!d-19.

“Namun saya tegaskan semua pihak termasuk pemain perlu mengambil berat SOP yang digariskan bagi memastikan tidak berlaku perkara diingini selain meletakkan harapan tinggi pemain dapat mengekalkan prestasi dan tahap kecergasan masing-masing kerana tempoh perl4wanan sebenar tidak sampai sebulan sahaja lagi,” kata Ab Rasid menerusi kenyataan media TFC Sdn Bhd hari ini.

Sumber-MH