Terengganu FC “Visi Itu Diyakini Tercapai”

KUALA TERENGGANU: Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata pihaknya meletakkan sas4ran untuk tidak lagi bergantung kepada bantuan dana kerajaan negeri bagi menguruskan pasukan bola s3pak menjelang 2027.

Katanya, visi itu diyakini tercapai kerana semua perancangan dan strategi sedang diatur dengan mengambil kira garis panduan daripada sudut komersial terutama berkaitan usaha menjana kewangan syarikat.

“Kita akui pada masa ini sebahagian besar tajaan dan peruntukan untuk menguruskan pasukan bola s3pak negeri hasil daripada dana kerajaan negeri. Lagipun TFC Sdn Bhd baharu beroperasi sepenuhnya beberapa bulan lalu dan tidak mungkin sudah ada kewangan sendiri.

“Tapi kita tidak berdiam diri sebaliknya sudah ada pelan jangka pendek dan panjang bagaimana untuk membawa masuk pendapatan ke dalam syarikat. Ini kita sudah dan sedang usahakan bagi memastikan matlamat itu tercapai sekali gus kerajaan negeri tidak perlu lagi menunggu sunt!kan dana menjelang 2027, ” katanya.

Sebelum ini pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meny3lar proses penswastaan dalam sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) kerana tidak mengikut konsep sebenar apabila kebanyakan pasukan masih mengharapkan ihsan kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Ab Rasid menjelaskan antara perancangan terkini adalah untuk menjadikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai tarikan pelancongan sebagaimana kelab di luar negara sekali gus mampu menjana pendapatan.

“Kita akan wujudkan galeri di stadium yang akan menempatkan pelbagai koleksi simpanan bekas-bekas pemain negeri serta trofi kejuaraan yang pernah dimenangi pasukan untuk menarik perhatian peminat.

“Menerusi ‘stadium tour’ pula, peminat dan pengunjung boleh merasai pengalaman dengan lebih dekat apa yang dilalui pemain seperti menaiki bas dan masuk ke bilik persalinan selain bergambar dengan pemain kegemaran mereka. Ini yang kita rancang dan meletakkan harapan yang tinggi segala perancangan itu tercapai dan dapat direalisasikan,” katanya.

Berdasarkan rekod pada 2018, kerajaan negeri menyalurkan sumbangan dana sebanyak RM13.5 juta kepada pasukan bola s3pak negeri manakala RM23.9 juta pada tahun lalu. Namun musim ini langkah penjimatan sebanyak 20 peratus daripada jumlah berkenaan.

Sumber-BH