Terkejut corak permainan JDT

Jurulatih Suwon Bluewings, Lee Lim-saeng mengakui terk3jut dengan corak permainan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tewas 2-1 dalam saingan AFC Champions League di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Katanya, corak permainan JDT cukup berbeza ketika pasukan itu tewas 5-1 ke atas kelab dari Jepun, Vissel Kobe.

“JDT begitu tersusun corak permainan mereka,” katanya kepada BH Sukan.

“Kami tidak beraksi dengan baik pada separuh masa pertama dan ketika kami ketinggalan, pemain saya cuba beri tek4nan namun benteng JDT kemas bertahan.

“Kami bangkit dengan gol penyamaan sebaik separuh masa kedua bermula dan memberi tekanan terhadap JDT menerusi gerakan ser4ngan pantas namun JDT kembali menjaringkan gol hasil gerak susun ketika benteng saya leka.

“Apapun saya tidak mahu menyalahkan pemain selepas kami tewas dalam perlawanan itu. Ini pertama kali kami beraksi dalam keadaan cuaca yang panas menjejaskan rentak permainan kami tatkala pemain tampak keletihan.”

Sumber : football-tribe