S4sar Untuk Tersenarai Sebagai Pengadil FIFA

Kuantan: Pengadil wanita pertama Pahang, Azlina Mohd Nong meny4sarkan untuk tersenarai sebagai pengadil Persekutuan Bolas3pak Antarabangsa (Fifa).

Azlina yang berasal dari Kuala Rompin, Pahang mengharapkan misi itu menjadi kenyataan bagi memenuhi impian berkenaan.

“Saya berterima kasih kepada Persatuan Bolas3pak Daerah Rompin (Rompin FA) serta Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) yang banyak membantu sehingga berada pada tahap ini.

“Sebaik lulus dalam Peperiksaan Bertulis Pengadil Kebangsaan Kelas Satu 2020 yang diumumkan baru-baru ini, saya akan memberikan yang terbaik buat Rompin FA dan PBNP.

“Biarpun perlu melepasi beberapa lagi ujian termasuk kecergasan untuk mengadili kejohanan lebih besar, tiada yang must4hil untuk mencapai misi itu.

“Sokongan daripada semua pihak memberi motivasi untuk muncul pengadil di dalam dan luar negara,” katanya.

Pada 25 Januari lalu, Azlina lulus dalam Peperiksaan Bertulis Pengadil Kebangsaan Kelas Satu 2020 yang dikeluarkan Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM). Pencapaian Kelas Satu itu itu membolehkan Azlina mengadili sa!ngan liga tempatan antaranya Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma), Piala Belia dan Piala Presiden.

Selepas ini, dia akan menjalani ujian kecergasan bagi menilai tahap keupayaan untuk mengadili kejohanan bola sepak di peringkat kebangsaan.

Baru-baru ini, Rompin FA berbangga dengan pencapaian Azlina yang diharap menjadi penc3tus kepada golongan wanita di Pahang untuk menc3buri bidang pengadilan dalam sukan bola s3pak di negara ini.

Sumber-MH