Terserah Kepada Beliau Sendiri

Kuala Lumpur: Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM) sedia ‘meminang’ pemain kacukan China-Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan untuk memperkukuhkan kekuatan skuad Harimau Malaya di masa hadapan.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, pihaknya akan menghubungi Hong Wan yang kini beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolverhampton Wanderers.

Katanya, kejayaan pemain tengah itu meng!kat kontrak selama dua tahun dengan kelab EPL terbabit membayangkan betapa Hong mempunyai kualiti yang baik dan ia boleh membantu pasukan negara.

Namun segala-galanya terserah kepada tonggak berusia 20 tahun itu jika benar ingin pulang membantu skuad Harimau Malaya dalam apa jua tugasan di peringkat antarabangsa.

“Kalau memang dia main bersama Wolverhampton Wanderers maknanya pada saya dia memang salah seorang pemain yang boleh kata baik.

“Jadi kalau dia berminat mewakili Malaysia kita akan cuba menghubungi dia untuk mendapatkannya, sebab kita pun tahu hanya melalui media.

“Kita mesti mendapatkan pengakuan sebenar pemain ini. Kalau dia berminat, kita boleh mengusahakan sesuatu supaya dia dapat (beraksi dengan pasukan Malaysia).

“Ia bermakna kita dalam erti kata mengalu-alukan sebab kalau ada yang berd4rah kacukan ini lebih mudah kita uruskan. Jadi kalau dia mempunyai kemampuan dan bahagian teknikal (FAM) kita merasakan sesuai, saya rasa tak ada masalah.

“Apa yang penting, pemain itu sendiri mahu ke tak mahu, jadi kita akan kenal pasti itu dulu,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Kelmarin, menerusi satu temubual bersama stesen televisyen sukan Astro Supersport, Hong Wan mengakui terbuka menerima tawaran untuk bermain dengan skuad kebangsaan.

Ujar Yusoff yang juga Timbalan Presiden FAM, Jawatankuasa Program Naturalisasi akan segera bermesyuarat seandainya pemain itu menyatakan persetujuan.

“Kita bila-bila masa akan mengadakan mesyuarat untuk melihat calon-calon yang dikatakan sesuai dan layak mewakili pasukan negara.

“Jadi kalau pemain ini dilihat menepati semua syarat, saya kira kita akan menyegerakan proses kerana seperti saya katakan awal tadi, untuk pemain ini mudah kerana dia ada pertalian d4rah dengan Malaysia. Jadi tak ada masalah besar,” katanya.

Sumber-MH