Terus Pasang Azam Untuk Terengganu FC II

Kuala Terengganu: Selepas dinaikkan ‘pangkat’ memegang jawatan ketua jurulatih Terengganu FC (TFC II), musim depan, Badrul Afzan Razali pantas mengidam untuk membvru tiga pasukan terbaik dalam kancah Liga Perdana musim depan.

Selain itu, jurulatih berusia 44 tahun kelahiran Kemaman itu juga berazam untuk melahirkan lebih ramai pemain berkualiti yang seterusnya diserapkan dalam pasukan ‘abang’ Terengganu FC (TFC) bersesuaian dengan status pasukan ‘feeder club’.

Bekas pemain tengah berpengalaman Terengganu, Pahang, Kelantan, Perlis, Kedah, Johor FC dan Felda United itu juga berazam untuk membvru kejuaraan Piala Cab4ran musim depan.

“Sebenarnya saya tidak menjangka dilantik sebagai pengendali skuad TFC II musim depan, tapi ini dinamakan rezeki selepas mengetuai pasukan Piala Presiden Terengganu musim ini yang tidak diteruskan kerana kebimbangan wab4k pand3mik Cov!d-19.

“Dengan kepercayaan yang diberikan oleh Terengganu Football Club Sdn Bhd, sudah pasti saya menyas4rkan target tersendiri iaitu berada di kelompok tiga terbaik liga.

“Selain itu impian saya juga untuk mer4mpas kembali Piala Cab4ran selepas dibatalkan tahun ini selain mahu mencvngkil lebih ramai pemain yang mampu diangkat beraksi dengan pasukan utama,” kata Badrul yang terbabit dalam bidang kejurulatihan bermula 2011 membimbing pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan sehingga 2015.

Selain itu, Badrul juga pernah menjadi jurulatih pasukan Sime Darby selama dua tahun bermula 2016 sehingga muncul juara Piala FAM pada 2017 serta membawa pasukan Piala Presiden Terengganu muncul juara pada 2018.

Antara kenangan manis sebagai pemain apabila berjaya membantu Terengganu muncul naib juara Piala Malaysia pada 1998 dan Kedah pada 2004.

Skuad The Turtles yang sudah menjalani latihan sejak dua hari lalu di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, Kuala Nerus turut dibantu legenda bola s3pak negeri, Subri Sulong yang sebelum ini menjawat jawatan penolong jurulatih TFC.

Mengulas lanjut, Badrul akui sa!ngan Liga Perdana musim depan pasti lebih menc4bar terutama dengan kehadiran pendatang baharu, skuad Projek FAM-MSN yang dibarisi 100 peratus pemain muda selain sa!ngan daripada pasukan negeri dan kelab.

“Sebab itu saya boleh katakan sa!ngan Liga Perdana musim depan tetap menc4bar dan berkualiti ditambah pasukan yang tidak berstatus ‘feeder club’ untuk membvru dua slot ke sa!ngan Liga Super sebagaimana Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang berjaya ke pentas liga utama musim depan,” katanya.

Sumber-MH