Tetap Mahukan Pulangan Yang Terbaik

Kuantan: Perbelanjaan realistik akan dilaksanakan Pahang bagi menghadapi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, langkah itu dilakukan selepas mengambil kira situasi penul4ran Cov!d-19 yang masih belum berakhir.

“Bagaimanapun, skuad Pahang tetap mahukan pulangan yang terbaik daripada barisan kejurulatihan dan pemain.

“Misi pasukan mengharapkan Tok Gajah pada musim depan akan melakar kejayaan membanggakan bersandarkan kepada gandingan pemain import, pengalaman dan muda,” katanya.

Setakat ini, skuad Tok Gajah mengesahkan dua import baharu memperkuatkan j3ntera ser4ngan dan tengah dengan kehadiran Sergio Aguero dan Lee Tuck.

Dua pemain import itu diharap menjadi senj4ta utama skuad Tok Gajah di samping diperkuatkan lagi dengan Herold Goulon yang berada di posisi pertahanan.

Bagi mengisi lima kuota pemain import, Pahang mengesahkan dua pemain, masing-masing seorang dari Asia dan Asia Tenggara akan memp3rkasa skuad itu musim depan.

Antara pemain Asia yang berminat meny4rung jersi Pahang musim 2021 ialah dari Korea Selatan, Australia, Palestin, Lubnan dan Jepun.

Manakala pemain dari Asia Tenggara pula antaranya dari Thailand, Vietnam, Myanmar, Filipina, Indonesia dan Singapura yang dijangka akan mengisi posisi ser4ngan dan pertahanan.

Sumber-MH