Tetap Mendoakan Yang Terbaik Buat Sabah FC Walaupun Tidak Lagi Bersama

Kota Kinabalu: Walaupun akui s3dih kerana tidak lagi bersama pasukan musim ini, Jelius Ating tetap mendoakan yang terbaik buat Sabah Football Club (FC) yang bakal memulakan s4ingan Liga Malaysia minggu depan.

Katanya, seperti kebiasaannya, musim baharu sentiasa menjadi cab4ran besar kepada mana-mana pasukan terutama skuad Badak yang baharu musim kedua kembali ke kancah Liga Super.

“Walaupun sedih tidak lagi bersama pasukan, saya tetap mendoakan kejayaan mereka dan saya yakin pemain khususnya mereka yang pernah berada di bawah kendalian saya dulu mampu meningkatkan lagi aksi seterusnya membantu pasukan.

“Saya juga menasihatkan pemain khususnya pemain muda agar tidak mensi4-si4kan peluang disenarai dalam skuad utama negeri, kekalkan prestasi baik kerana jalannya sudah ada, cuma bagaimana kita h4runginya, terserah kepada pemain itu masing-masing,” katanya.

Jelius berkata, kebanyakan pemain yang kini berada dalam pasukan pernah bersamanya sejak mereka beraksi untuk skuad bawah 19 tahun (B-19) lagi.

Katanya, ia membuktikan bahawa segala usaha yang dilakukan sejak 2016 kini menampakkan hasilnya.

“Kebanyakan mereka kini berada dalam skuad utama, ada yang pernah menjadi pemain terbaik bulanan sebelum ini, malah ada yang sudah dipanggil menyertai kem pasukan negara.

“Saya bangga dengan mereka dan inilah usaha yang kita sudah lakukan sejak bertahun-tahun sehingga mereka berjaya mengangkat semula pasukan kembali ke Liga Super,” katanya yang turut pernah mengendalikan skuad B-19 tahun Sabah sebelum ini.

Jelius mula mengg4las tanggungjawab sebagai pengendali skuad utama Sabah pada 2017 dan ketika itu walaupun hanya sebagai pengendali sementara, beliau berjaya menyelamatkan pasukan berkenaan daripada terj4tuh ke divisyen ketiga s4ingan Liga Malaysia selepas mencatat keputusan kurang member4ngsangkan di awal musim.

Pada tahun berikutnya, bekas pemain yang pernah digelar ‘orang b3si’ Sabah kerana kekentalannya di barisan pertahanan kemudian berjaya membawa pasukan itu sehingga ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia namun mereka dikec3wakan oleh Perak.

Jelius kemudian mencipta satu sejarah baharu buat Sabah pada 2019 apabila menamatkan kem4rau 23 tahun tanpa kejuaraan dengan memenangi s4ingan Liga Perdana sekali gus membolehkan mereka beraksi di Liga Super musim lalu.

Bagaimanapun, hasrat beliau untuk terus membimbing pasukan itu musim lalu tidak kesampaian kerana beliau tidak mempunyai lesen kejurulatihan Pro AFC dan hanya menjadi pembantu kepada jurulatih dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto.

Dalam pada itu, Jelius turut berterima kasih kepada Pemangku Presiden Persatuan Bolas3pak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Mokhtar Radin kerana melantiknya sebagai Penasihat Teknikal SAFA.

Sumber MH