Tiada Kaitan Dengan JDT

KUALA LUMPUR: Lanjutan tarikh jendela perpindahan pertama buat pemain Liga Malaysia (Liga M) sehingga 5 Mac ini tidak ada kaitan dengan perpindahan keluar peny3rang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Jonathan Herrera.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolas3pak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan menegaskan keputusan itu dilakukan selepas mereka membuat pertimbangan sewajarnya atas pandangan semua rakan kongsi liga.

Jelasnya, dalam situasi pand3mik yang memberi banyak kesuk4ran ketika ini, badan pengendali liga itu perlu mengambil pendekatan untuk bert0lak ansur bagi memastikan perjalanan liga dapat berjalan dengan lancar.

“Kita pun tak tahu mengenai itu (perpindahan keluar Herrera). Sebenarnya, kita sudah memohon lanjutan sehingga 19 Februari dan kemudiannya kita memohon lagi sehingga 15 Mac. Akhirnya kita dapat lanjutkan sehingga 5 Mac.

“Sebenarnya, tempoh lanjutan ini untuk membantu semua rakan kongsi liga kerana ada antaranya yang berdepan masalah dengan pemain import mereka daripada segi dokumentasi, ada yang mahu bertukar pemain import selepas membuat penilaian dan sebagainya.

“Jadi, lanjutan ini akan memberi peluang untuk mereka menyiapkan pasukan yang lebih baik sebelum sep4k mula nanti,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Terdahulu, Herrera yang juga pemain termahal Liga M yang baru menandatangani kontrak bersama skuad Harimau Selatan itu dikhabarkan akan dipinjamkan ke sebuah ke Liga Argentina, Independiente.

Susulan itu, ada penyokong yang mula membuat sp3kulasi di laman media sosial mengenai tempoh lanjutan sehingga 5 Mac itu apabila mend4kwa ia untuk membantu JDT mencari seorang lagi pemain import baharu bagi menggantikannya sebelum musim 2021 membuka tirainya.

Kelmarin, MFL mengesahkan Persekutuan Bolas3pak Antarabangsa (FIFA) membenarkan lanjutan tarikh jendela perpindahan pemain pertama dari 19 Februari ke 5 Mac ini.

Sebagai rekod, ini kali kedua MFL memohon lanjutan selepas tarikh jendela perpindahan pemain pertama sebelum ini ditetapkan bermula pada 21 November 2020 sehingga 12 Februari 2021.

“FIFA berpuashati dengan penjelasan MFL untuk memohon lanjutan tarikh jendela perpindahan pemain sehingga 5 Mac yang mana pasukan kini memiliki masa untuk meng!ntai pemain baharu untuk skuad mereka,” kata Ghani.

Sumber BH