Tidak Mahu Lagi Dilabel ‘Budak Mentah’

Kuala Terengganu: Pertahanan muda Terengganu FC (TFC) Azarul Nazarith Azhar, 22 enggan lagi dilabel sebagai ‘budak mentah’.

Sebaliknya bekas pemain FELDA United itu yang lebih mesra dipanggil ‘Tokek’ berazam memperagakan aksi lebih meyakinkan bersama pasukan baharunya itu dalam mengh4rungi kancah Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC musim depan.

“Sebenar saya terkejut dan tidak menyangka dilamar TFC lebih-lebih lagi skuad itu bakal bersa!ng di peringkat Asia selain Liga Super.

“Tapi dengan peluang yang diberikan saya tekad untuk membalas kepercayaan itu dengan persembahan terbaik selain mahu memperbaiki corak persembahan kerana sedar sa!ngan pasti s3ngit apatah lagi TFC antara pasukan dig3runi dalam sa!ngan Liga M,” katanya kepada Sukan NSTP.

Pemain kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu kini sudah menjalani latihan sejak Isnin lalu bawah kendalian jurulatih, Nafuzi Zain.

Mengulas lanjut, bekas pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Wangsa Melawati dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria Kuala Lumpur itu berkata, sebelum ini dua lagi pasukan iaitu Kuala Lumpur dan Pulau Pinang turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya musim depan.

“Tapi keinginan untuk mencuba perkara baharu dalam bola s3pak selain percaya TFC boleh membantu pemain muda berada pada tahap terbaik membuatkan saya pilih pasukan dari Pantai Timur ini.

“Selain itu ‘lampu hijau’ daripada bekas jurulatih, Nidzam Jamil ketika bersama FELDA turut menguatkan lagi keinginan saya memilih TFC.

“Terima kasih pihak pengurusan TFC kerana beri peluang walaupun masih mentah pengalaman kerana baharu musim pertama beraksi dalam sa!ngan Liga Super bersama FELDA United musim ini.

“Jika ditanya impian saya sudah tentu mahukan trofi Liga Super kerana skuad ini belum pernah mer4ngkul gelaran itu selain mahu membantu TFC melangkah lebih jauh dalam sa!ngan Piala AFC,” kata pertahanan kiri yang juga bekas produk Program Pembangunan Akademi FELDA United dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

Sumber-MH