Tindakan Bijak Ibu Bapa Kawasan Ini Supaya Warga Asing Tidak Berani

Gua Musang: Kelibat lelaki warga asing semakin kurang kelihatan di penempatan Orang Asli di Lojing, dekat sini, apabila pergerakan mereka diperhatikan ibu bapa gadis kaum itu.

Ini berikutan ibu bapa gadis Orang Asli semakin bimbang dengan lelaki warga asing terbabit yang berusaha memikat seterusnya berkahwin dengan anak mereka.

Wanita Orang Asli di Lojing, Sakinah Anjang, 31, berkata, sebelum ini hampir setiap petang ada lelaki warga asing berkel!aran di penempatannya.

Bagaimanapun, katanya, selepas kegiatan mereka meng!ntip gadis Orang Asli terb0ngkar, lelaki terbabit sudah tidak kelihatan lagi.

“Memang ada gadis Orang Asli bercinta dengan lelaki warga asing yang bekerja di kebun sayur dan sukar dipis4hkan.

“Selepas mendirikan rumah tangga, barulah gadis terbabit sedar mereka diperdayakan warga asing terbabit dan berdepan situasi ‘gantvng tak bertali’ selepas suami pulang ke negara asalnya.

“Ketika sedang bercinta memang tidak boleh tegur hingga ada berlaku kahwin ekspres tanpa diketahui ibu bapa,” katanya.

Baru-baru ini, beberapa penghulu Orang Asli mend3dahkan lebih 100 gadis kaum itu sudah berumah tangga dengan lelaki warga asing.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini lebih daripada 50 pasangan terbabit digantvng tidak bertali hingga ada di antara anak mereka belum didaftar kelahiran.

Lelaki asing yang berkahwin dengan gadis Orang Asli itu termasuk warganegara Pakistan, Indonesia dan Bangladesh.

Sementara itu, Penghulu Kampung Sendrop, Andol Busu Jamin berkata, walaupun masih ada lelaki warga asing bekerja di kebun sayur berhampiran, mereka kurang berkeli4ran sekitar rumah kaum itu terutama yang ada anak gadis.

“Kita berpakat dengan ibu bapa Orang Asli untuk memantau keadaan itu setiap masa dan ingin pastikan anak gadis tidak lagi menjadi m4ngsa gantvng tak bertali.

“Jika nampak kelibat lelaki warga asing, kita akan tanya dan soal mereka sebab masuk kawasan kampung Orang Asli,” katanya.

Sumber-MH