Tindakan Zaquan Mencetuskan Tanda Tanya Peminat Bola Sepak Tempatan

Tindakan pemain Kedah, Zaquan Adha Abdul Radzak memuat naik gambarnya bersama sebuah kereta Porsche mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Antara persoalan yang bermain di fikiran peminat adakah Porsche jenis GT3 RS itu hadiah hari bapa buat Zaquan selepas dia hanya menulis kenyataan ringkas bersama gambar berkenaan.

“Terima kasih atas hadiah ini. Hadiah hari bapa,” kata Zaquan beserta gambar bersama keluarganya di Instagram miliknya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah ia hadiah hari bapa yang disambut semalam atau sebenarnya ada hadiah lain yang dimaksudkan oleh Zaquan dalam perkongsian itu.

Perkongsian Zaquan itu turut mendapat reaksi teruja daripada peminat yang kebanyakan komen lebih terarah kepada kereta Porsche berwarna hijau berkenaan.

Sumber : https://www.bharian[.]com.my/sukan/bola/2020/06/703102/zaquan-dapat-porsche-hijau-sempena-hari-bapa