Tipu Kalau Saya Katakan Tidak Malu

Kuala Lumpur: “Saya cuma mahu beri kesedaran kepada golongan lelaki bahawa mereka juga boleh membantu wanita membeli keperluan itu,” kata pengasas Pertubuhan Ziarah Amal Kampung To Kampung (K2K), Mohamad Farid Yusoff.

Mohamad Farid, 32, memberi reaksi itu ketika diminta mengulas gambar dimuat naiknya di Twitter semalam yang menunjukan dia bergambar dengan troli yang dipenuhi dengan tu4la wanita.

Gambar itu mendapat perhatian warganet dengan rata-ratanya memuji sikap Mohamad Farid kerana sanggup mengetepikan rasa m4lu untuk membantu wanita yang memerlukan.

Mohamad Farid berkata, tuala wanita itu sebenarnya dibeli untuk disumbangkan kepada geland4ngan, ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan di sekitar Batu Kawan, Pulau Pinang.

Katanya, sebanyak 100 pek tuala wanita dibeli menggunakan dana hasil sumbangan orang ramai dan akan diagihkan kepada penerima, petang esok.

“Ini kali pertama saya mengambil inisiatif membeli dan menyumbang tuala wanita.

“Sebelum ini, saya lihat ada individu lain melakukannya tetapi dalam kalangan wanita juga.

“Jadi saya ambil inisiatif untuk turut melakukannya kerana menyedari ia adalah satu keperluan bagi semua wanita,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Mohamad Farid mengakui malu untuk membeli tuala wanita pada mulanya tetapi mengetepikan perasaan itu demi membantu mereka yang memerlukan.

“Semalam adalah pengalaman pertama saya membeli tuala wanita dan t!pu kalau saya katakan tidak malu.

“Lebih-lebih lagi kerana membelinya dalam kuantiti yang banyak hingga ada beberapa individu memandang hairan ketika saya berada di dalam premis.

“Namun, niat asal saya adalah membantu wanita memerlukan terutama ketika tempoh Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP) jadi saya buang rasa malu itu dan urusan pembelian jadi mudah kerana saya dibantu seorang rakan wanita yang ikut sama berbelanja,” katanya.

Menurutnya, inisiatif itu akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

“Ini adalah permulaan dan saya berharap inisiatif saya menjadi inspirasi kepada individu di luar sana terutama lelaki untuk turut sama membantu wanita yang memerlukan.

“Saya percaya banyak NGO di luar sana aktif mengumpul dan menyampaikan sumbangan jadi tuala wanita boleh menjadi salah satu barangan disumbangkan kepada penerima selain keperluan asas,” katanya.

Sumber-MH