TMJ Akui Sudah Merangka Pelan & Strategi Sekiranya Berjaya

Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah-olah memberi bayangan beliau masih belum mengibarkan ‘bendera putih’ meskipun sebelum ini Presiden Valencia CF, Anil Murthy menegaskan bahawa kelab LaLiga itu bukan untuk dijual.

Menerusi ciap4n terbaharu Tunku Ismail, beliau mengakui sudah merangka pelan dan strategi pemulihan sekiranya berjaya mengambil alih kelab itu.

Jelasnya, misi dan visi utama adalah untuk men4rik semula kepercayaan penyokong selain memastikan Valencia kembali bers4ing mer3but kejuaraan dan trpfi.

“Saya mempunyai ramai kawan dalam bola s3pak. Tetapi tiada siapa yang mengetahui pelan dan niat saya. Orang pertama yang akan tahu ialah pasukan saya, dan juga penyokong.

“Penyokong berhak tahu kerana kelab ini milik anda. Saya boleh memiliki pegangan, tetapi kelab tetap milik penyokong. Saya hanya sekadar sebagai penjaga. Ia adalah pendapat peribadi dan mengenai prinsip, terutama sebagai orang asing dan jika saya memiliki pegangan.

“Tanggungjawab saya ialah untuk memastikan kelab ini memberikan cab4ran pada tahap terbaik kerana kelab ini kaya dengan sejarah dan patut berada di kedudukan sepatutnya, agar rakyat di bandar ini boleh rasa bangga,” tulisnya di ciap4n twitter miliknya.

TMJ yang juga pemilik kelab bola sep4k Johor Darul Ta’zim (JDT) menambah, beliau berhajat untuk mendapatkan Valencia bukan sekadar mahukan cab4ran baharu tetapi lebih daripada itu atas kecintaan dalam bola s3pak.

“Pertama, saya bukan seorang ahli perniagaan. Mengapa perlu saya memb4zir wang dan membelanjakan ia di negara asing. Jika saya melakukannya, ia adalah kerana cab4ran dan juga projek yang saya percaya boleh dilakukan.

“Semangat sejati, kerana kecintaan terhadap sukan ini, dan kesungguhan sebenar. Tiada unsur pol!tik, tiada perkara meng4rut,” katanya.

Sebelum ini, terdapat sp3kulasi bahawa TMJ mahu membeli Valencia, malah berita itu turut menjadi topik hang4t yang dimainkan media di Sepanyol.

Sp3kulasi pembelian itu dilihat tidak mustahil memandangkan TMJ memiliki hubungan yang rapat dengan pemilik kelab Valencia, Peter Lim yang juga ahli perniagaan terkenal Singapura.

Begitupun, Anil pada minggu lalu menafikan kelab berkenaan untuk dijual ketika seluruh penyokong skuad The Bats itu menuntut perubahan dan mahu Peter Lim meninggalkan pasukan itu.

Sumber MH