Tolong Hentikan Kec4man

“ARW4H adalah anak yang paling rapat dan manja dengan bapanya, dalam kejadian itu, bapanya betul-betul terlupa yang arw4h sedang tidur di tempat duduk belakang.”

Itu kata seorang ahli keluarga, Allahy4rham Aina Batrisha Aisyah Shaiful Azrul, 4, kanak-kanak yang ditemui meninggal dunia selepas tertinggal di dalam kereta bapanya di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Lalang, Sungai Petani, semalam.

Dia yang enggan dikenali berkata, bapa arw4h dilihat begitu sed!h dengan kejadian yang men!mpa anak keempatnya daripada lima beradik itu.

Katanya, difahamkan dalam kejadian itu, arw4h sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit Sungai Pasir, selepas bapanya menghantar adik bongsu m4ngsa ke rumah sepupu bapanya di kawasan berdekatan.

“Pada pagi kejadian bapa arw4h terlebih dulu menghantar isteri ke tempat kerja sebelum menghantar anak-anak lain ke sekolah.

“Kemudiannya, bapa arw4h menghantar anak bongsu ke rumah sepupu dan sepatutnya selepas itu m4ngsa dihantar ke rumah nenek, namun bapanya terlupa m4ngsa tidur di tempat duduk belakang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dia berkata, ibu m4ngsa yang pulang dari tempat pada jam 3 petang juga tidak mengetahui m4ngsa tiada di rumahnya neneknya.

Katanya, nenek m4ngsa juga menyangka bapa m4ngsa tidak bekerja pada pagi kejadian menyebabkan dia tidak bertanyakan mengenai Aina Batrisha yang tidak datang ke rumahnya.

“Semua tidak menyangka perkara ini berlaku, mungkin ini dug4an buat bagi kami sekeluarga, jadi tolong hentikan segala kec4man terhadap keluarga kami terutama kepada bapa m4ngsa.

“Kalau tidak tahu cerita sebenar, janganlah membuat andaian sesuka hati ia akan menambah kesed!han hati kami sekeluarga,” katanya.

Katanya, jen4zah kanak-kanak itu dijangka akan disolatkan di Masjid Bukit Kecil Simpor Tik4m Batu sebelum dikebum!kan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kecil selepas solat Asar.

Sumber-MH