TRW bakal tinggal kenangan?

KUALA LUMPUR: Pasukan Kelantan yang sedang berg3lut dengan isu tungg4kan gaji termasuk mendapat satu lagi ‘sam4n’ daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kelmarin, disifatkan ‘sudah tiada ny4wa’

Pemerhati bola sepak, Mohd Sadek Mustafa berkata, tidak mustahil skuad yang terkenal dengan julukan The Red Warriors (TRW) itu boleh menerima nasib sama seperti Perlis yang terku_bur ak!bat masalah hut4ng.

“Kelantan sudah tiada ny4wa. Memang (boleh jadi) Perlis kedua sebab tiga tuntutan (bekas pemain import) yang dibawa ke FIFA, mereka (Persatuan Bolasepak Kelantan – KAFA) tak mampu nak selesaikan.

“Bukan itu saja, mereka juga berdepan isu tungg4kan lain termasuk gaji pemain tempatan. Sekarang ini kita hanya menanti pengumuman khas (hukum4n) dibuat oleh FIFA dan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia),” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Sebelum ini, FIFA mengarahkan Kelantan menyelesaikan tuntutan tungg4kan gaji dua bekas pemain importnya, Cassio Francisco de Jesus dan Bruno Lopes yang berjumlah lebih RM700,000.

Kelmarin, badan induk antarabangsa itu menghantar satu lagi surat kepada KAFA berhubung tuntutan bekas pemain importnya, Alaeddine Bouslimi yang berjumlah RM157,380.

Malah, KAFA juga berdepan hutang beberapa pemain tempatan dengan tunggakan gaji Mohd Badhri Radzi saja difahamkan berjumlah lebih RM300,000.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid mengesahkan persatuan itu kini men4nggung jumlah keseluruhan hutang berjumlah hampir RM5 juta yang perlu diselesaikan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam seperti yang dilaporkan BH Sukan sebelum ini menjelaskan KAFA perlu menyelesaikan isu tungg4kan gaji mengikut persetujuan bersama pemain sehingga 30 Jun ini bagi meng3lak diken4kan hukum4n seperti ditolak mata.

Sadek yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, juga menganggap KAFA tidak mempunyai jalan keluar selain mengharap bantuan daripada kerajaan negeri atau memohon pinjaman daripada agensi lain.

“Mereka perlu dibantu kerajaan negeri, sebab hutang l4puk terlalu banyak. Bila mereka memohon derma daripada peminat dan sudah tentu Kelantan memiliki ramai jutawan, namun ia bukan jalan yang baik.

“Kini mereka tiada jalan lain atau memohon pinjaman dari KBS (Kementerian Belia dan Sukan), buat pinjaman, bukan minta ehs4n atau peruntukan dan itu antara jalan ter4khir,” katanya.

Sumber : https://www.bharian[.]com.my/sukan/bola/2020/06/699873/kafa-bakal-terkubur