Tun Mahathir Bukan Calon Pilihan PKR

PKR menolak cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad mencalonkan semula dirinya sebagai Perdana Menteri bagi mewakili kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bersama Ahli Parlimen PKR, yang berlangsung hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan parti itu sebentar tadi, PKR kekal dengan pendirian konsensus dicapai PH untuk mencalonkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“PKR tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya.

“Bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, dan kekal dengan konsensus PH mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.