Tyson & Hulk Hogan Bert4rung ?

LONDON: Hulk Hogan berkongsi memori manis bersama Mike Tyson di laman media sosial.

Kedua-dua bintang itu antara nama besar pada era 1980-an dan 1990-an selain pernah ditakdirkan untuk satu pert3mbungan di WrestleMania.

Iron Mike, yang berada dalam senarai terhebat WWE pada 2012, pernah mengejutkan dunia apabila memasuki arena gvsti profesional ketika ambang milenium.

Tyson yang digelar ‘Lelaki Paling J4hat di Planet’ memegang tanggungjawab selaku ‘penguatkuasa khas’ dalam pert3mbungan Shawn Michaels dan Stone Cold Steve Austin di WrestleMania 14 pada 1998.

Dia juga sepatutnya mengadili pert3mbungan gelaran WWF antara Hogan dan Macho Man Randy Savage pada 1990.

Namun, kek4lahan di tangan Buster Douglas di Tokyo Dome pada awal tahun berkenaan, menyaksikan juara heavyweight itu menghilangkan diri daripada pandangan umum.

Douglas, 59, kemudian menggantikan Tyson untuk spot WWE dan dilihat melakukan provokasi ke atas Randy Savage selepas perl4wanan namun dia membuat keputusan bersara daripada arena tinju selepas terlepas gelaran dunia di tangan Holyfield.

Timbalan Presiden Kanan SmackDown dan Pengarah Eksekutif, Bruce Prichard dalam pada itu memberi bayangan mengenai perancangan syarikat pada awal tahun ini.

Dia mend3dahkan WWE berharap Hogan akan bert4rung dengan Tyson menerusi tontonan secara berbayar.

“Prospek untuk melihat pert3mbungan Hulk Hogan dan Baddest Man on the Planet, Mike Tyson adalah tidak diragui dan sentiasa berada dalam perbincangan.

“Saya tidak kisah sesiapapun, kamu sentiasa bercakap mengenai siapa yang terhebat dan siapa yang akan memenangi perl4wanan antara ahli gusti dan petinju.

“Ada juga kemungkinan yang ia bukan membabitkan kedua-dua bintang ternama itu berbanding Hulk Hogan dan Mike Tyson pada masa ini. Jadi, ia pernah dibincangkan.

“Namun apakah realitinya? Apakah yang kamu lakukan dengannya. Kamu tidak men3waskan Tyson, kamu tidak men3waskan Hulk. Dan ia buka satu situasi yang kedua-duanya boleh menerima sesuatu yang bagus,” katanya. – Agensi

Sumber-BH