Ulasan Datuk Mohd Shafie Apdal Berkenaan Cadangan Tun

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memerlukan masa bagi membuat keputusan mengenai cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dinamakan beliau sebagai Perdana Menteri.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata, beliau amat menghargai cadangan itu.

“Seorang tokoh mencadangkan nama saya sebagai calon Perdana Menteri dan itu satu cadangan yang perlu saya teliti secara mendalam.

“Cadangan itu datang dari beliau (Dr Mahathir) dan tidak pernah terjadi dalam sejarah. Bagi saya ia adalah satu cab4ran dan harus melihatnya secara ser!us.

“Tetapi berikan saya sedikit masa untuk berbincang dengan ahli kepimpinan tertinggi yang lain, tetapi ia tidak akan mengambil masa terlalu lama,” katanya dalam satu sidang media selepas lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kota Kinabalu dan SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, pagi tadi.

Turut hadir, Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob, Timbalan Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Jenifer Lasimbang, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JKNS), Dr Mistrine Radin dan Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darell Leiking.

Mohd Shafie berkata, pihaknya juga harus mempertimbangkan banyak perkara sebelum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan itu.

“Kita menghadapi banyak mas4lah di peringkat negeri Sabah, tambahan pula negara kita juga berdepan dengan suasana politik yang tidak menentu,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan Dr Mahathir membawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masuk ke Sabah sedangkan sebelum ini beliau berjanji tidak akan melakukannya ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Shafie berkata, pihaknya yakin keputusan itu dilakukan dalam perbincangan pemimpin di peringkat PPBM.

Shafie turut mengakui walaupun tidak memperoleh semua yang dimahukan tetapi sekurang-kurangnya ada pertimbangan positif dari kerajaan persekutuan ketika Dr Mahathir masih menerajui negara.

“Contohnya, walaupun kita bukan dalam Pakatan Harapan (PH), apabila saya menamakan tiga orang untuk dilantik sebagai menteri persekutuan iaitu Datuk Darell Leiking, Datuk VK Liew dan Datuk Mohammadin Ketapi, beliau bersetuju.

“Malah, antara dalam lebih 20 perkara tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), 17 perkara dipersetujui,” katanya.

Shafie turut memberitahu sebagai ahli politik yang berpengalaman, beliau tidak akan mengabaikan Sabah untuk sebuah jawatan yang ditawarkan.

“Kita memerlukan masa untuk mempertimbangkan banyak faktor sebelum membuat sebarang tindakan.

“Apabila masanya tiba, saya juga akan terangkan mengenai keputusan saya,” katanya.

Sumber-MH