Berita Baik Buat Kelantan FC

Petaling Jaya: Selepas menamatkan s4ingan Liga Perdana di tangga keenam musim ini, Kelantan FC tampak bersemangat untuk memulakan musim baharu dengan mengumumkan sas4ran musim depan untuk layak ke Liga Super.

Bagi memastikan misi itu berjaya, pemilik kelab, Norizam Tukiman tidak menunggu lama apabila mengumumkan pelantikan Rezal Zambery Yahya sebagai pengendali baharu pasukan itu.

Malah, Norizam atau lebih dikenali dengan Zamburger turut mengakui bajet skuad The Red Warriors (TRW) untuk musim depan akan meningkat dua kali ganda daripada musim ini.

“Untuk liga musim hadapan, macam saya dah berbincang dengan Pengarah Teknikal saya iaitu Nasir Yusoff atau lebih dikenali dengan Prof Nasir, kita nak bariskan dengan import yang lebih berkualiti.

“Sebab kita punya sas4ran ialah kita nak dapat sekurang-kurangnya dua teratas untuk musim depan 2022 dan ke Liga Super dan itu misi kita,” katanya yang sudah membelanjakan hampir RM3 juta musim ini.

Untuk r3kod, Rezal sebelum ini adalah penolong jurulatih TRW namun menjelang s4ingan Piala Malaysia hujung September lalu, beliau dilantik sebagai pemangku pasukan bagi menggantikan Marco Ragini.

Sementara itu, Rezal mengakui teruja dan berazam untuk memastikan sas4ran untuk layak ke Liga Super tercapai.

Ditanya adakah beliau merasa tert3kan dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan itu, Rezal yang juga bekas pemain kebangsaan menegaskan dirinya cukup ser!us mencapai misi itu.

“Pada saya tek4nan dalam bola s3pak memang biasa, tapi sas4ran yang diletakkan pihak pengurusan semahu atau tidak mahu, kita kena berusaha untuk mencapai sas4ran itu.

“Lagipun Bos Zam (Norizam) mahu kita bersiap lebih awal lagi, bermakna kita perlu bersiap lebih awal dengan pemain-pemain juga perlu bersedia untuk menghadapi musim yang panjang.

“Jadi bagi saya ia adalah perkara yang lebih ser!us untuk saya ambil tahun depan dan memenuhi sas4ran yang diletakkan pihak pengurusan agar tercapai, Insya Allah,” kata Rezal.

Sumber-MH