Penjelasan Jurulatih Sabah FC

Melaka: Persembahan yang masih belum matang dipamerkan pemain muda Sabah menyaksikan mereka gag4l mencipta k3jutan ketika berdepan Melaka United (MU) sebelum tew4s 1-2 pada aksi pusingan kedua suku akhir di Stadium Hang Jebat Paya Rumput malam tadi.

Jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee berkata, anak buahnya masih dalam proses membina kematangan manakala pasukan tuan rumah jelas lebih matang.

Katanya, gol pertama yang dibol0si pada awal babak permaian jelas meros4kkan perancangan pasukannya.

Kim Swee bagaimanapun berkata apa yang membanggakan ialah setiap pemainnya berusaha memberi aksi yang positif pada setiap perl4wanan.

“Layak ke suku akhir membina kematangan kepada pemain kerana jika tidak mara ke peringkat itu, sudah pasti pengalaman terbabit tidak dapat diperolehi.

“Mereka sudah cuba sebaik mungkin namun kualiti dan kematangan membezakan antara kami dengan Melaka. Saya yakin barisan pemain muda ini bertambah mantap pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata, sebaik mengambil alih tugas jurulatih, dia memilih pemain pemain muda dan sedia ada yang cek4l untuk menampilkan aksi terbaik.

Katanya lagi, setiap pasukan bakal membentuk pasukan selepas ini termasuk Sabah namun ia tertakluk kepada bajet ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Sumber-MH