Perbincangan Bersama Sarawak United

Kelana Jaya: Liga Bolas3pak Malaysia (MFL) mengambil inisitiaf mengadakan perbincangan bersama pengurusan Sarawak United bagi menyelesaikan isu berb4ngkit membabitkan perlesenan kelab.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stuart Ramalingam berkata, pasukan itu sudah menyerahkan bukti penyelesaian hut4ng tertunggak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 2021 kepada Pelesenan Kelab MFL pada 20 November lalu.

Namun, katanya, MFL tetap akan mengadakan perbincangan bersama pengurusan Sarawak United untuk mendapatkan penjelasan berkaitan beberapa perkara termasuklah membabitkan maklumat kewangan pasukan itu.

“Penyerahan (bukti penyelesaian hutang) sudah dilakukan pada 20 November lalu dan esok akan diadakan perjumpaan secara bersemuka dengan pengurusan Sarawak United,” katanya.

Sebelum ini, Sarawak united diberikan lesen kebangsaan dengan bersyarat berikutan terdapat tunggakan hut4ng membabitkan LHDN 2021.

Berikutan itu, pasukan terbabit harus menyerahkan pembayaran atau bukti penyelesaian atas hut4ng tertunggak mereka terhadap LHDN 2021 kepada Pelesenan Kelab MFL selewat-lewatnya pada 20 Nov lalu.

Pada masa sama, First Instance Body (FIB) juga akan meminta lebih banyak maklumat kewangan dari Sarawak United FC kerana ker4guan terhadap kemampuan pemegang lesen untuk terus menc3tuskan kebimb4ngan berterusan sehingga akhir musim. Sementara itu, berkaitan tunggakan gaji pemain Sarawak United seperti yang dijelaskan Persatuan Pemain Bolas3pak Profesional Malaysia (PFAM) baru-baru ini, Stuart memaklumkan bahawa perkara itu dalam sias4tan Jawatankuasa Status Persatuan Bolas4pak Malaysia (FAM).

“MFL mengambil inisiatif mengadakan pertemuan bersama PFAM dalam masa terdekat ini bagi membincangkan perkara terbabit,” katanya.

Sumber-MH