Perubahan Besar Bakal Dilakukan Selangor FC

Kuala Lumpur: Selangor FC bakal tampil berwajah baharu pada musim depan apabila dibarisi ‘ubi muda’ yang kebanyakannya bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam usaha memperkukvhkan pasukan itu.

Hal ini bermakna, beberapa pemain senior dalam skuad utama pasukan itu kemungkinan besar akan digugvrkan bagi memberi laluan kepada pemain muda itu beraksi kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, sudah tiba masanya skuad Gergasi Merah ditunj4ngi pemain muda yang sudah diasuh sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, beberapa pemain muda yang diberikan peluang dan ruang beraksi untuk skuad utama pada musim ini menunjukkan persembahan cukup baik dan sudah tiba masanya mereka diberikan tanggungjawab lebih besar kelak.

“Kita melihat pemain muda semakin matang sekali gus mereka seharusnya diberikan peranan lebih besar dalam skuad utama. Mungkin ada perubahan besar akan dilakukan dengan ada beberapa pemain senior terp4ksa digugvrkan bagi memberi laluan kepada bakat muda.

“Boleh dikatakan Selangor nanti akan ditunj4ngi rata-rata pemain muda dan perkara itu yang kita rancang untuk kembalikan kegemilangan skuad Gergasi Merah,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Selain itu, ketika ditanya sama ada Selangor turut akan memancing beberapa pemain terkenal lain dalam Liga Malaysia, Shahril berkata, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

“Saya boleh katakan kita perlu lakukan segera, dalam tempoh dua minggu ada pengumuman besar akan dilakukan oleh pasukan,” katanya.

Sumber-MH