Selangor FC Membuat Kejutan

KUALA LUMPUR: Selangor FC membuat k3jutan apabila mengumumkan Michael Feichtenbeiner sebagai ketua jurulatih pasukan utama Red Giants bagi musim depan dan menyambung semula jawatannya sebagai Pengarah Sukan Kelab.

Prestasi kurang memuaskan Selangor sepanjang musim ini dipercayai menjadi punca Red Giants menggantikan Karsten Neitzel dengan Feichtenbeiner.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar menjelaskan pihaknya sudah melihat kebolehan yang ditunjukkan pengendali dari Jerman itu ketika beliau berkhidmat sebagai ketua jurulatih sementara musim lalu.

“Pelaksanaan dengan mengetengahkan pemain muda yang boleh bekerjasama dengan pemain senior, dan peralihan pantas di antara meny3rang dan bertahan adalah selari dengan visi kami untuk melahirkan sebuah pasukan yang mampu menjuarai s4ingan di masa hadapan.

“Kami yakin dengan keputusan ini dan dengan di bawah pimpinan beliau, kita menuju ke arah yang lebih baik dalam mencapai kejayaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebagai r3kod, Feichtenbeiner memulakan karier sebagai jurulatih remaja VfB Stuttgart sebelum menyertai kelab Switzerland BSC Old Boys Basel sebagai ketua jurulatih.

Antara pencapaian signifikan Feichtenbeiner termasuklah dalam Piala DFB pada 2019-2020 dengan kelab Bundesliga 2, Stuttgarter Kickers dengan meng4lahkan tiga kelab Bundesliga termasuk Borrusia Dortmund, Arminia Bielefeld dan SC Freiburg dalam perjalanan ke separuh akhir sebelum disingk!rkan oleh Werder Bremen.

Jurulatih Jerman itu juga pernah menjadi ketua jurulatih di Malaysia untuk MPPJ FC pada 2005-2006 dan berjaya menyelamatkan pasukan itu daripada ters!ngkir ke Liga Perdana.

Pada Disember 2019, Feichtenbeiner kembali ke Malaysia bersama Selangor FC sebagai Pengarah Sukan dan juga bertanggungjawab untuk melatih ‘feeder team’, Selangor FC 2.

Sumber-BH